Selamat Hari Jadi, Mama.

img_3096

Seorang wanita yang menjadi Mama dan Papa buat Farah, satu-satunya wanita yang Farah sanjung, tiada yang lain dan tidak bisa ditukar ganti. Mama terlalu istimewa buat Farah, hanya satu di dalam dunia dan syurga Farah. Mama menjadi tulang belakang Farah selama ini dan pastinya akan menjadi penyokong tegar Farah buat selamanya. Mama bukan sahaja ibu untuk Farah, Mama teman baik Farah yang sangat setia dan Mama adalah hero Farah, wanita yang Farah bangga untuk digelar dan dipanggil ibu. Setiap liku-liku kehidupan Mama telah lalui, pengorbanan Mama membesarkan Farah dan adik-beradik tidak mampu Farah balas. Sabarnya Mama, kentalnya Mama, dan teguhnya Mama tidak bakir untuk Farah jika berada persis dikasutmu. Terlalu rendah dan kecil usaha Farah jika dibandingkan dengan apa yang telah Mama lalukan buat Farah dan adik-beradik. Doakan hanya yang baik-baik untuk Farah, agar kelak Farah bisa membuat Mama tersenyum dan bahagia dengan kejayaan Farah. In Shaa Allah.

“Terima kasih Mama, sungguhnya tidak ada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu, tidak ada tempat yang paling nyaman selain pangkuan seorang ibu, tidak ada bunga yang lebih cantik selain senyumanmu, dan tidak ada jalan yang begitu berbunga-bunga seperti yang dicetak dengan langkah kakimu. Mama adalah alasan kenapa Farah ada.”

Farah sayang Mama ❤️

Advertisements

2 thoughts on “Selamat Hari Jadi, Mama.

  1. Selamat hari lahir Mama farah. Semoga panjang Umur dan murah rezeki. the way u express your feelings towards your mom make me assumed that your mom is a single mother. If it is true. I understand that, my mom also a single mother. Jaga 3 orang anak lelaki yang nakal. Mama’s good vibes is enough for us to face this ugly world. If im wrong about your mom. Im so sorry for assuming something that i didnt know. But i feel great to read your blogs about your mom. No doubt, Shes great and lucky to have a daughter that open her eyes and heart towards what she did and keep doing for you and your Family. Assalamualaikum. Jazzaki Allahu khairan 🙂

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s